KESIMPULAN
Selama
satu semester menjalani Latihan Industri, banyak pengalaman, pengetahuan dan
pendedahan yang berguna telah saya perolehi. Segala pendedahan yang diperolehi
telah menyedarkan diri saya dalam meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi
kehidupan yang kian mencabar sekarang. Praktikal adalah pelengkap kepada
ilmu atau teori yang dipelajari. Ini jelas dengan konsep ilmu dan amal,
di mana ilmu yang dipelajari tanpa mengamalkannya akan hilang dan tidak akan
memberi apa - apa kesan. Begitulah jika kita beramal tanpa ilmu sudah
tentu akan wujud masalah dari segi pegangan dan pendirian yang sentiasa berubah
- ubah.
Sepanjang saya menjalani latihan industri,
terdapat banyak perubahan daripada sudut pembelajaran, persekitaran dan
pergaulan sesama rakan sekerja. Ia secara langsung dapat meningkatkan
dedikasi dan bersikap rasional terhadap diri saya sendiri.
Walaubagaimanapun masih wujud beberapa
kelemahan yang dapat diperbaiki pada masa hadapan. Oleh itu dapat saya
simpulkan bahawa program latihan industri banyak memberi manfaat kepada para
pelajar walaupun terdapat kelemahan kecil yang sedikit sebanyak mencacatkan
keadaan, supaya kelemahan ini dapat di perbaiki pada masa hadapan.
Kesimpulan yang saya dapat melalui latihan
industri ini ialah saya menerima banyak pendedahan dalam dunia perkomputeran
ini. Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada juga pihak Politeknik
Balik Pulau yang memberi peluang kepada pelajar - pelajarnya mencari pengalaman
sendiri dengan mengadakan Latihan Industri.
No comments:
Post a Comment