PENGHARGAAN & DEDIKASI

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada YDH CP DATO’SRI RAHIM BIN HAJI HANAFI selaku KETUA POLIS PERAK dan INSP RAVIND A/L SUBRAMANIAM selaku INSPEKTOR SISTEM MAKLUMAT kerana memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan industri di sana bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Balik Pulau, dan tidak lupa juga kepada PUAN AFNI  yang menguruskan segalanya dan memberi dorongan di sepanjang saya menjalankan latihan industri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) ini selama tempoh 4 bulan.

   Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pekerja serta staf-staf Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) yang banyak membantu saya dalam menjalani latihan industri di sana. Tanpa bantuan dari mereka semua, tidak mungkin saya akan mempelajari banyak benda baru, pengetahuan yang mendalam, serta kerjasama yang diperoleh daripada mereka semua sebagai rujukan dan pertanyaan dalam sesuatu masalah yang saya alami sewaktu saya menjalankan latihan industri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) tersebut.

  Saya juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah Politeknik Balik Pulau terutama pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi yang banyak memberi tunjuk ajar dan pengetahuan yang berguna disepanjang saya menjalankan latihan industri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK).

DEDIKASI

“Untuk ayah dan ibu tercinta serta keluarga yang di sayangi, warga kerja Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) serta semua rakan-rakan seperjuangan di Politeknik Balik Pulau,Pulau Pinang serta saudara-mara terdekat yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan sepenuhnya.”Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah di Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi terutama pensyarah program Diploma Teknologi Maklumat (PENGATURCARAAN) yang telah membantu dalam penulisan laporan ini dan di atas segala ilmu yang telah dikongsi bersama.




“JASAMU DIKENANG”

No comments:

Post a Comment