BAB 1.5 : KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR


Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar
           
            Menjalani latihan industri merupakan syarat wajib bagi setiap pelajar politeknik. Ia wajib disempurnakan oleh pelajar yang mengikuti kursus Diploma. Bagi kursus Diploma Teknologi Maklumat, ia wajib menjalani kursus latihan industri pada semester ke 4.

            Ketika menjalani Latihan Industri selama 4 bulan, pelajar bukan sahaja didedahkan kepada alam pekerjaan tetapi juga dapat mempraktikan segala teori dan amali yang dipelajari di Politeknik. Semasa di Politeknik, pelajar didedahkan secara am dan amali tetapi dengan menjalani latihan industri ini juga pelajar dapat mendedahkan para pelajar tentang suasana alam pekerjaan yang sebenar .

           Latihan industri juga mendewasakan para pelajar yang bakal bergelar sebagai pekerja. Latihan industri sebagai pendedahan awal kepada para pelajar untuk bersikap lebih matang. Ia memberikan impak mendalam dalam memupuk semangat kerjasama dalam pasukan dan mendidik pelajar yang bakal menjejaki alam pekerjaan supaya menghormati antara satu sama lain terutama pekerja yang lebih senior atau pegawai yang berpangkat tinggi.

Selama satu semester menjalani Latihan Industri, banyak pengalaman, pengetahuan dan pendedahan yang berguna telah saya perolehi. Segala pendedahan yang diperolehi telah menyedarkan diri saya dalam meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi kehidupan yang kian mencabar sekarang.  Praktikal adalah pelengkap kepada ilmu atau teori yang dipelajari.  Ini jelas dengan konsep ilmu dan amal, di mana ilmu yang dipelajari tanpa mengamalkannya akan hilang dan tidak akan memberi apa - apa kesan.  Begitulah jika kita beramal tanpa ilmu sudah tentu akan wujud masalah dari segi pegangan dan pendirian yang sentiasa berubah - ubah.



Kesimpulan yang saya dapat melalui latihan industri ini ialah saya menerima banyak pendedahan dalam dunia perkomputeran ini.  Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada juga pihak Politeknik Balik Pulau yang memberi peluang kepada pelajar - pelajarnya mencari pengalaman sendiri dengan mengadakan Latihan Industri.

No comments:

Post a Comment